PENDAHULUAN
1.1 Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:Pengguna1.2 Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-(a) Mengetahui apakah hak-haknya;(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.1.3 Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.
SIAPA ITU PENGGUNA
"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.
2.2 Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
2.3 Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
2.4 Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.
2.5 Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.
3.0 MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA
3.1 Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.
3.2 Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.
3.3 Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna;(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah;
(g) Persatuan Pengguna.
3.4 Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.
(viii) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat
4.11 Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.
4.12 Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.
4.13 Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.
5.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
5.1 Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
5.2 Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(a) Kesedaran Mengkritik;
(b) Penglibatan dan Tindakan;
(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
(e) Bersatupadu.
5.3 Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.
(ii) Penglibatan Dan Tindakan
5.4 Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
(iii) Tanqqungiawab Sosial
5.5 Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
(iv) Tanqqungiawab Alam Semulajadi
5.6 Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.
(v) Bersatupadu
5.7 Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.
PERLINDUNGAN PENGGUNA
6.1 Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:
6.1.1 barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;
6.1.2 maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;
6.1.3 pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;
6.1.4 pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
6.1.5 sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
6.1.6 pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil;
6.1.7 pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.
6.2 Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan penggunamenghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.
PENUTUP
7.1 Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.
HAK PENGGUNA
hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat
Monday, April 26, 2010
Monday, April 19, 2010
Alam Sekitar Hak Bersamaby Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal PenggunaKita semua ingin hidup dalam alam sekeliling yang sihat dan bersih. Udara segar. Langit biru. Pokok-pokok dan tanaman yang menghijau. Pantai yang bersih. Semuanya dapat menjadi kenyataan jika semua pihak berganding bahu menjaga kebersihan alam sekitar.Salah satu hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat bererti hak kepada alam sekitar fizikal yang akan memperbaiki atau meningkatkan mutu kehidupan. Hak ini melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu, tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif. Ia memaparkan keperluan memelihara dan melindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat di kalangan ahli-ahli masyarakat sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain.Kecuaian terhadap alam sekitar pada abad lalu telah mengakibatkan masalah seperti kepanasan dunia, penghakisan lapisan ozon, kehilangan kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan, penyalahgunaan bahan kimia, pemusnahan hutan kesemuanya mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia. Semua penduduk sama ada di negara maju mahupun di negara membangun, sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa,kini terdedah kepada ancaman tersebut.Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semulajadi ataupun kerana takdir. Tetapi sebaliknya ancaman itu adalah ekoran daripada perbuatan manusia sendiri. Pembangunan yang tidak mampan, penggunaan dan citarasa yang berlebihan telah menjejaskan kepentingan alam sekitar terutama pada kurun ini di mana terlalu besar ancaman telah dilakukan. Kita telah menggunakan sumber semulajadi secara membazir dan kurang berhemah.Untuk mengatasi ancaman terhadap alam sekitar, semua pihak perlu membabitkan diri secara kolektif. Kerajaan, industri dan rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk mengatasi beberapa ancaman terhadap alam sekitar yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan kita semua dan juga kesejahteraan hidup generasi akan datang.KerajaanKerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara keharmonian alam sekitar seperti :-Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal, mencegah dan menghapus pencemaran alam sekitar;Menerapkan unsur-unsur alam sekitar dalam kurikulum sekolah;Di peringkat antarabangsa seperti penajaan Pengisytiharan Langkawi semasa Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober 1989 dan telah menerima 'Montreal Protocol' untuk mengurangkan penggunaan 'non-essential' klorofluorokarbon (CFC).Menjadi ahli kepada Konvensyen-konvensyen. Antara lainnya adalah:Konvensyen Kepelbagaian Biologi bagi memelihara dan melindungi komponen kepelbagaian biologi;PROTOCOL MONTREAL bagi mengurangkan penggunaan dan pelepasan klorofluorokarbon ke dalam atmosfera yang akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon;Konvensyen Rangkakerja Perubahan Iklim yang mengawal pelepasan gas-gas rumah kaca yang mengakibatkan kepanasan alam;Konvensyen Mengenai Tanah Lembab Yang Berkepentingan Antarabangsa yang bertujuan untuk pemeliharaan dan penggunaannya;Konvensyen Basel mengenai pergerakan merentas sempadan dan pelupusan bahan buangan merbahaya yang bertujuan mengawal pergerakan bahan buangan bahaya dan toksik dari satu negara ke satu negara yang lain.Malaysia telah melancarkan "Inisiatif Penghijauan Dunia" pada 27 April 1992 di Persidangan Ketua-ketua Menteri Negara Membangun Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Kuala Lumpur. Dokumen ini merangkumi program bertindak untuk pemeliharaan alam sekitar.Undang-undang Kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang berikut untuk melindungi alam sekitar dan menangani masalah pencemaran alam sekitar.Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974Akta Racun Makhluk Perosak, 1974Akta Kilang dan Jentera, 1967Akta Kerajaan Tempatan, 1976Akta Pemuliharaan Tanah, 1960Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976Akta Taman Negara, 1980Akta Perikanan, 1985Akta Perlombongan Petroleum, 1966Akta Kemajuan Petroleum, 1974Akta Perlindungan Hidupan LiarAkta Perhutanan
Tuesday, April 13, 2010
hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat
Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya. Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri. Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)